Ada banyak fakta mengenai kegemukan tetapi yang begitu menarik perhatian saya untuk dikongsi ialah :
1. Kadar Obesiti di Malaysia adalah ditangga ke – 6 diantara 48 buah Negara di Asia. – Laporan daripada Statistik yang dilakukan oleh WHO (World Health Organization)
2. 30% penduduk Malaysia mengalami berat badan berlebihan manakala 30% lagi mengalami Obesiti. – Laporan BERNAMA pada November
Nah. Begitu menakutkan bila anda mendengarnya ya. Mungkin anda juga salah seorang yang termasuk di dalam peratusan 30% berat badan berlebihan ataupun Obesiti. Apa yang nak dihairankan, lihat sahaja makanan kita di Malaysia. Semuanya sedap-sedap belaka. Lagi-lagi makanan yang dimasak oleh ibu kita atau ayah kita.
Saya tidak boleh menyalahkan makanan dalam hal ini, itu tidak mungkin. Menikmati makanan paling sedap ialah satu kenikmatan. Anda juga bersetuju dengan saya kan? Fuhh, takkan kita mahu buang salah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Tidak, tidak sama sekali. Namun demikian, “Mengapa Anda Masih Gemuk?”. Itu persoalannya.
Nasihat yang salah ada di mana-mana, ia diletakkan di hadapan cermin kereta anda. Ia ditampal di dalam lif dan ia juga mungkin berada di dalam peti surat anda. Contoh nasihat yang salah ialah:
- Produk kami akan menurunkan berat badan anda tanpa melakukan senaman.
- Hisap rokok boleh jadi kurus! – ini nasihat dari kawan baik anda.
Ini semua nasihat yang boleh membawa kepada kemudaratan. Ianya hanya membawa kepada kerosakan kepada sistem tubuh anda. Tiada apa yang lebih baik daripadanya. “Habis tu, apa yang patut saya lakukan?” Tanya anda kepada saya. Bagus soalan itu, hari ini saya akan berikan satu daripada rahsianya. Makanan orang Malaysia, maksud saya makanan ruji orang Malaysia. Yang kita rindu, yang boleh membuatkan kita termimpi-mimpi sekiranya kita tidak merasainya. Ucapkan hai kepada NASI. Nasi adalah karbohidrat, ramai orang yang makan terlebih karbohidrat jenis ini. Untuk menurunkan berat badan, apa yang anda perlu lakukan ialah potong sedikit kuantiti pengambilan nasi. Sedikit informasi ingin saya kongsikan kepada anda bagi memudahkan anda memahami bagaimana lemak terbentuk daripada pengambilan nasi ini.
Sekarang bayangkan perut adalah sebesar cawan di dapur rumah anda (walaupun sebenarnya perut anda lebih besar daripada itu, ini cuma metafora), anda makan nasi dan nasi masuk ke dalam cawan tersebut. Makanan sungguh sedap hari ini kerana ia dimasak oleh bakal isteri/suami anda. Anda makan lagi, anda tambah lagi nasi kerana lauk sangat sedap. Sekarang nasi telah memenuhi cawan tersebut dan ia mula melimpah keluar. Nahhh, nasi yang melimpah keluar itulah akan ditranformasikan menjadi lemak. Itu yang berlaku di dalam tubuh anda yang sebelum ini anda tidak pernah mengetahuinya. Itulah sebab yang pertama kenapa anda masih lagi gemuk. Pastikan cawan anda sentiasa separuh penuh. Kalau tidak, bersiap sedialah untuk menerima hakikat bahawa anda mempunyai perut yang boroi.
Sarapan wajib kena ambil, malah anda juga perlu makan 5 kali sehari. Nampak seperti tidak logik bukan? Anda ingin menurunkan berat badan tetapi anda perlu mengambil 5 kali keperluan makanan setiap hari. Hari ini asaya tak mahu bercerita tentang kenapa anda perlu mengambil 5 kali keperluan makanan setiap hari tetapi hari ini saya ingin berkongsi mengapa sarapan wajib diambil.
Sekumpulan penyelidik di University of Massachussetts telah menjalankan penyelidikan dan mereka telah mendapati bahawa orang-orang yang tidak mengambil sarapan adalah 5 kali ganda menghampiri ke arah obesiti berbanding mereka yang mengambil sarapan setiap hari. Ini adalah kerana selepas anda tidur semalaman (saya anggar 6 jam), kemudian anda mengelak daripada mengambil sarapan, badan anda akan memberi isyarat kepada otak supaya mengambil lebih gula. Gula juga penyebab kepada kenaikan berat badan. Akibatnya anda akan mengambil minuman berkarbonat dan memesan teh tarik manis di waktu tengahari, ataupun petang ataupun di waktu malam. Anda memang tidak perasan akan penghantaran signal kepada otak itu, tetapi ianya berlaku.
Oleh yang demikian, ambillah sarapan. Waktu yang paling sesuai mengambil sarapan ialah selepas 90 minit anda bangun dari tidur. Tingkatkan kadar metabolism anda dengan meminum segelas air masak sebaik sahaja anda bangun dari tidur (Ini yang dikatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan disokong oleh kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari German).
Kita ni orang Malaysia, gula memang tidak dapat lari dalam pemakanan kita. Ditambah lagi di dalam air minuman, ditambah lagi di dalam kuih muih kita. Cuba kurangkan pengambilan gula, selepas ini bila anda order teh tarik, mintalah teh tarik yang kurang manis. Sekurang-kurangnya anda telah potong sebahagian daripada pengambilan gula seharian anda. Kalau anda jenis yang suka mengambil minuman berkarbonat, cuba kurangkannya. Ambil seminggu sekali kalau boleh. Tindakan anda ini dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. Baca label dahulu sebelum membeli sebarang makanan.
Gula terdapat dalam buah-buahan. Kandungan gula di dalam buah-buahan sudah cukup untuk anda.
Sibuk-sibuklah di dapur rumah anda. Minta ibu atau isteri/suami anda supaya bersama-sama mengurangkan gula. Tak pun, buatlah air yang kurang gula untuk mereka. Apa salahnya, anda sedang menyumbang ke arah kesihatan yang lebih baik bukan?
Bersenam.. bersenam.. bersenam.. 10 minit setiap sesi, 3 kali seminggu. Ini yang anda dengar dan lihat dikaca TV. Tanpa senaman anda tidak ke mana-mana, anda tetap di situ iaitu di depan TV sambil memakan junk food. Bergeraklah sedikit. Goyang-goyangkan lah badan anda.
Walaupun anda benci dengan senaman (mungkin kerana anda masih kecewa kerana teringatkan kisah anda tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam acara lari berpagar), senaman adalah wajib untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Ubah sikap anda itu.
Senaman bukan sahaja menormalkan meter BMI anda tetapi ia juga turut menyihatkan anda. Ia mengurangkan stress. Peluh yang keluar dari dalam tubuh anda umpama mengeluarkan segala kekotoran di dalam tubuh, ia umpama mengeluarkan segala stress yang anda alami. Saya tahu agak sukar untuk menyuruh anda bersenam kerana anda tidak pernah bersenam selama ini. Ayuh mulakan dengan berjalan-jalan di taman atau berjalan-jalan di Shopping Complex, itu sudah memadai sebagai permulaan.
Oleh itu, saya sarankan supaya anda mendapatkan segera eBook Rahsia Sistem Diet Kamikaze tulisan En. Ben yang akan membongkar panduan gerak gempur kuruskan badan yang dijamin terbukti. eBook ini terbahagi kepada 5 komponen :
Komponen 2 : 5 Jurus Bersistem Wajib Buat
Komponen 3 : Diari Combo
Komponen 4 : Formula Body Hot Sexy
Komponen 5 : Pemantauan Secara Online
Anda bagaimana? Sekarang anda tak perlu buang masa nak search kat Google teknik turunkan berat badan atau membeli bermacam-macam produk yang belum tentu terbukti. Terus je klik gambar di bawah bagi mendapatkan tawaran menarik untuk anda bergaya sakan pada Hari Raya yang akan tiba tak lama lagi.
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment