Monday, September 10, 2012

4 Sebab Boleh Lulus Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41


Hari ini saya nak kongsikan kepada anda yang bakal menduduki peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 pada 15hb September 2012 mengenai 4 sebab utama kenapa ramai calon lulus ujian bertulis SPA.

Sebab #1 : Hadir Peperiksaan!

Anda mungkin ketawa tetapi ini hakikatnya. Mengikut data sedia ada, jika SPA memanggil 5,000 calon, yang hadir pasti tak sampai 5,000. Mungkin hanya 70% sahaja hadir atas sebab yang berbeza.

Untuk sesi 15hb September 2012 ini, pasti lebih ramai yang tak hadir kerana pulang bercuti sempena 'Hari Malaysia'. Bayangkan cuti 3 hari (Sabtu, Ahad, Isnin) pasti ramai yang tak akan lepaskan peluang pulang bercuti atau mungkin 'sambung beraya'!

Nah! Jika anda calon dan anda hadir peperiksaan tersebut, peluang anda lebih cerah untuk LULUS kerana ribuan lagi tidak hadir. Ingat. Ini peluang anda!

Sebab #2 : Tahu format!

Ini memang masalah utama calon, tak tahu bentuk soalan yang nak ditanya! Masuk exam, terkedu. Alangkah baiknya jika calon tahu bentuk soalan supaya lebih yakin untuk menjawab kan? Jika anda tahu format, bukan kah peluang untuk anda lulus lebih besar berbanding mereka yang tak tahu format?

Sebab #3 : Cukup masa untuk study!

Untuk yang dah bekerja memang ini masalah buat mereka. Anda bagaimana? Jika anda membaca akhbar setiap hari (bukan cerita artis) atau selalu menulis esei dan bat ujian matematik di masa lapang mesti tak ada masalah buat anda!

Tahniah untuk anda! Anda punya masa/kesempatan untuk study. Anda mungkin 'senyum' pada 15hb September 2012 ini kerana peluang untuk anda lulus lebih tinggi!

Sebab #4 : Tahu apa nak study!

Banyak sangat benda nak baca ketika di saat akhirIanya macam anda menembak ke langit dengan harapan 'terkena' burung. Berapa % untuk kena anda rasa? Tapi alangkah bagusnya kalau anda tahu apa yang mahu dibaca dan apa yang perlu difokuskan.

Mereka yang berjaya semasa peperiksaan adalah mereka yang membuat persediaan yang tepat sebelum peperiksaan. Sama kes seperti ini juga. Anda dengar tip ada yang menyuruh anda baca buku 'Malaysia Kita' yang sangat tebal itu. Buku itu sangat bagus, tapi anda nak baca semua? Kenapa tak fokus kepada beberapa bab sahaja yang berkemungkinan besar keluar? Soalan peperiksaan SPA yang lepas ada mengenai 'Teknologi Hijau' dan '1 Malaysia', ada isu itu dalam buku 'Malaysia Kita'?

Jawapannya tiada..

So kesimpulannya untuk memudahkan anda, saya cadangkan anda ambil sahaja pengalaman Infokerjaya yang telah membantu calon menduduki peperiksaan bertulis sejak tahun 2009.

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan bertulis nanti bagi jawatan PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 pada 15hb September 2012, rujukan ini bakal membantu anda. Sila klik banner di bawah.


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment