Thursday, June 14, 2012

Apakah Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang WAJIB Setiap Wanita Ketahui ?


Apabila menyebut kanser payudara ia tidak terlepas dari pandangan setiap wanita. Manakan tidak kanser payudara adalah pembunuh no. 2 di dunia pada ketika ini.

Kanser payudara juga tidak mengenal usia, muda atau tua masing-masing berisiko untuk ‘diserang’ olehnya.

Jadi amatlah penting untuk setiap wanita khususnya memeriksa dan meneliti setiap tanda-tanda kanser payudara. Oleh itu disenaraikan disini beberapa tanda umum kanser payudara.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. 

Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. 

Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut hal berkaitan kanser  payudara, memang terdapat sebuah ebook yang membincangkan lebih lanjut berkaitan kanser yang membunuh ramai wanita ini. 


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment