Friday, March 16, 2012

Semakan Keputusan SPM 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. 


Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Pengguna diminta mematuhi format penghantaran seperti berikut :

 

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2011 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM? 

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM 2011 kita sering GAGAL!
  1. Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
  2. Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian. 
  3. Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus. 
  4. Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM 2011. 
  5. Ramai pelajar gagal temuduga ke kerjaya SPM contohnya kursus di UPNM kerana tiada persiapan awal. 
  6. Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah  kerjaya selepas SPM. 
  7. Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM. 
  8. Ramai pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi. 
  9. Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus. 
  10. Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti. 
  11. Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa. 
  12. Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM. 
  13. Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan. 
  14. Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati. 
  15. Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus. Rugi 1 tahun. 
  16. Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain. 
  17. Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja tapi hakikatnya tidak berusaha. 
  18. Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh. 
  19. Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu. 
  20. Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi. 
Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM 2011. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

Untuk menyelesaikan segala masalah anda itu, dapatkan ebuku di LepasanSPM.com. Lihatlah apa kata mereka yang telah mendapatkannya di laman web itu! Pasti akan membantu anda 100%. 

Saya jamin!

Jikalau anda ingin mendapatkan bantuan pemilihan kerjaya dan motivasi kerjaya lepasan SPM 2011, Cikgu Loh boleh membantu. 



Klik Sini Untuk Ke Laman Web LepasanSPM

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment