Friday, February 8, 2013

3 Cara Menghasilkan Facebook Fanpage Berpengaruh!

1. Bina sebuah Facebook Fanpage yang hebat


Facebook Fanpage adalah sama penting seperti membina laman web. Ia perlu mempunyai maklumat yang lengkap, menarik serta mudah untuk difahami oleh semua orang. Anda perlu memberi maklumat selengkap mungkin mengenai perniagaan anda. Ramai yang ingin tahu siapakah anda sebenar dan apakah perniagaan yang anda lakukan. Jadi masukkan maklumat lengkap tentang produk atau perkhidmatan yang anda jalankan di Facebook Fanpage.

2. Kerap post di wall Facebook Fanpage 

Ini adalah peluang anda untuk memberitahu ramai orang tentang perniagaan atau produk yang anda pasarkan. Anda perlu kerap mengemaskini Facebook Fanpage dengan segala informasi terkini dan promosi yang dijalankan. 

Anda perlu menjadi interaktif dengan orang-orang yang melawat Facebook Fanpage anda. Sentiasa berkomunikasi dengan mereka . Jika anda mempunyai acara atau aktiviti perniagaan gunakan Facebook Fanpage untuk mengumumkannya.

3. Bina rangkaian peminat "Hardcore" di Facebook Fanpage

Adalah penting untuk anda membina rangkaian peminat "Hardcore" anda yang tersendiri, dimana apabila anda mempunyai rangkaian peminat anda yang tersendiri adalah mudah bagi anda untuk menghasilkan jualan. 

Sebagai contoh Ain Maisaran iaitu penulis Novel terkenal beliau mempunyai 1000 orang peminat yang "hardcore" di Facebook. 1000 orang peminat ini memang akan beli produk beliau sekiranya beliau melancarkan sebarang produk baru. Air Asia pula mempunyai lebih 1 juta rangkaian peminat! Sebab itulah tawaran Air Asia sentiasa habis dalam tempoh yang pantas… Jadi binalah rangkaian peminat anda sekarang…Ayuh! :)

# Ledakkan Lebih Banyak Jualan Di Facebook

Panduan ini menghimpunkan strategi dan teknik efektif untuk meningkatkan jumlah duit kita di Facebook. Antara kajian kes yang dimuatkan dalam laporan ini ini adalah, bagaimana seorang usahawan menjana 6 angka.

Berhenti teragak-agak. Klik di sini untuk dapatkan laporan.



--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment