Thursday, February 2, 2012

Peluang Di Sebalik Kekurangan Jururawat

Unit kejururawatan merupakan nadi sesebuah hospital dan mempunyai jumlah anggota yang terbesar. Para Jururawat merupakan "barisan hadapan" dan mereka juga adalah orang perantaraan yang sentiasa berhubung rapat di antara pesakit dan Doktor.

Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan dan bekerjasama dengan pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet. Jururawat sering bertindak sebagai peguam bela pesakit.

Jururawat merupakan kumpulan terbesar dalam sistem penjagaan kesihatan. Kekurangan jururawat dijangka meningkat dalam tempoh masa yang panjang. Kekurangan jururawat mengancam bukan sahaja kerajaan tempatan tetapi semua orang diseluruh dunia.

Kekurangan jururawat merupakan masalah global. Jururawat memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh kebanyakan semua orang. Mereka adalah jantung dan jiwa dimana-mana institusi penjagaan kesihatan.

Namun kekurangan jururawat masa kini merupakan satu peluang yang terbuka luas untuk anda mengisi kekosongan tersebut. Tetapi persoalannya, adakah panduan yang lengkap untuk membantu mereka yang mengidamkan pekerjaan sebagai jururawat?

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengulas sedikit sebanyak peluang yang tidak patut dilepaskan oleh semua yang menginginkan kerjaya sebagai jururawat. Saya ingin memperkenalkan anda sebuah panduan yang membongkar rahsia bagaimana anda boleh menjawat jawatan sebagai jururawat kerajaan mahu pun swasta iaitu Panduan KERJAYA JURURAWAT.

Panduan ini ditulis oleh seorang pegawai yang bekerja di Jabatan Kesihatan iaitu dikenali sebagai Ikhwan Muslimin. Ianya ditulis adalah bertujuan memberikan panduan yang lengkap kepada pemohon yang masih tercari cari maklumat apakah yang diperlukan seseorang yang menginginkan kerjaya jururawat.


Panduan ini mengandungi 6 Modul iaitu:-
Modul Pertama : Panduan Kerjaya Jururawat

Modul Kedua : Permohonan Bagi Lepasan SPM

Modul Ketiga : Permohonan Bagi Lepasan Diploma

Modul Ke Empat : Panduan Lengkap Temuduga

Modul Kelima : Panduan Penulisan Resume

Modul Enam : Soalan Lazim TemudugaJururawat
Dan Modul Bonus iaitu

Cara Memohon Memohon Di Hospital Swasta dengan Mudah

Siapa yang patut mendapatkan panduan ini?
• Pelajar Lepasan SPM

• Pelajar Lepasan Diploma Kejururawatan dari Kolej Swasta

• Jururawat Swasta yang mahu mendapat tempat di hospital Kerajaan

• Jururawat Kerajaan yang mahu mendapat tempat di hospital Swasta
Kenapa panduan ini diterbitkan?
• Ebook pertama mengenai jururawat di Malaysia

• Ebook yang ditunggu-tunggu mereka yang mahu menjadi jururawat (Kerajaan/Swasta)

• Ebook yang merupakan panduan lengkap untuk mereka yang ingin menjadi jururawat
Kelebihan Ebook ini adalah:-
• Kerjaya jururawat ini merupakan kerjaya yang tidak pernah dibekukan pengambilannya setiap tahun.

• Kerjaya ini termasuk kerajaan dan swasta maknanya peluang kerjaya sangat besar dan luas.

• Kerjaya yang menjadi idaman setiap graduan
Info kerjaya Jururawat
Latihan Jururawat  
Jantina: Lelaki dan Perempuan 
TempohLatihan: 
3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat) 
Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan  
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia   
Tempat Latihan: 
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah 
Kolej KejururawatanPulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej KejururawatanSeremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej KejururawatanKuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej KejururawatanKubangKerian, Kelantan
Kolej KejururawatanSibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah 
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah 
Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia   
ii) Umur:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. 
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan. 
iii) Kelayakan: 
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; 
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sainsdan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/BahasaMelayu (termasukUjianLisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
iv) Keutamaan: 
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan; 
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan SijilPelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
lulus Bahasa Malaysia/BahasaMelayu (termasukUjianLisan) pada peringkat SijilPelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan. 
Perhatian: Pelatih-pelatih yang  telah tamatlatihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U2-1.   
Kini semuanya ditangan anda, samaada ingin mengambil peluang menjadi jururawat ataupun membiarkannya orang lain dapat menggapai peluang yang tersedia didepan mata anda.



Klik Sini Untuk Ke Laman Panduan Kerjaya Jururawat

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment