Saturday, November 24, 2012

Berminat Nak Jadi Facebook Manager?

Facebook merupakan LUBUK pemasaran bagi pelbagai jenis perniagaan tidak kira perniagaan tersebut dijalankan secara online mahupun offline. Penggunaan Fan Page sebagai laman yang akan mempromosikan perniagaan semakin tersebar.

Ramai usahawan-usahawan berlumba-lumba membina Fan Page perniagaan mereka namun ramai juga yang kecewa kerana Fan Page mereka tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada mereka.

Sebenarnya bukan salah fan page tersebut tetapi salah usahawan itu sendiri kerana tidak menghasilkan dan menguruskan dengan baik fan page mereka.



Kuasa Fan Page ini amat-amat memberi kesan terhadap perniagaan namun kesannya tidak akan terhasil jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Fan page perniagaan yang mempunyai rekaan grafik pada timeline serta gambar profil yang kelihatan professional akan meningkatkan kredibiliti serta imej perniagaan tersebut dan perkara ini amat-amat kritikal.

Begitulah betapa penting serta kritikalnya potensi Fan Page ini kepada perniagaan.

Persoalan sekarang apa kaitannya dengan diri anda…???

Ya… soalan yang menarik bukan… sebenarnya anda mungkin sudah nampak potensi Fan Page namun anda mungkin tidak nampak potensi orang yang menguruskan fan page tersebut.

Satu perkara yang perlu anda ingat bahawa secara majoritinya usahawan atau ahli perniagaan tidak mempunyai banyak masa untuk membelek-belek fan page mereka. Mereka sedar bahawa mereka perlu ‘leverage’ kan kerja tersebut tetapi masalahnya kepada siapa mereka ingin ‘leverage’ kan…???

Anda perlu ingat bahawa usahawan-usahawan atau ahli perniagaan ini orang berniaga. Orang berniaga pastinya memikirkan keuntungan. Mereka tidak akan berkira jika sesuatu itu mampu memberikan keuntungan kepada mereka mahupun perniagaan mereka.

Jika mereka yakin bahawa anda boleh menguruskan Fan Page mereka sudah mereka sanggup membayar tinggi kepada anda dengan syarat ianya bakal member untung besar kepada mereka.


Oleh itu anda harus rebut peluang ini dan jadilah seorang ‘fesbuk manager’ dan yakin prospek anda untuk menggunakan khidmat anda bagi menguruskan fan page mereka.


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment