Thursday, August 16, 2012

Terima Komisen Dari PPL Bisnes T-Shirt

Phewitt. Tajuk entri kali ni pasal komisen lagi. Makin lama rasa makin seronok pulak bermain dengan affiliate bila penat buat promosi berhasil. Kalau dulu saya layan network marketing business sampai kena serbu Bank Negara Malaysia. Sekarang nak bertukar angin menjadi Internet Marketer pulak. Bukan susah pun nak buat duit kat internet ni. Banyak peluang yang ada sekarang ni. Cuma nak atau tak. 

Oke. Sejak kebelakangan ni saya asyik cerita pasal komisen PPL je. Anda tahu ke PPL tu apa? PPL atau Pay Per Lead tu salah satu dari cabang affiliate selain dari PPC (Pay Per Click) dan juga PPS (Pay Per Sale).

Di Malaysia, PPL yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan mailing-list dengan cara paling pantas. Anda mendapat komisen melalui PPL ini bila ada pelawat muat turun ebook percuma pemilik PPL tersebut melalui link anda. Biasanya komisen yang dibayar adalah antara RM0.10 - RM1.00 bagi setiap orang yang download ebook percuma tersebut melalui link anda.

Ni komisen yang baru saya terima awal pagi tadi dari PPL Bisnes T-Shirt.


Macam tak percaya pulak boleh dapat no 3 dalam PPL Bisnes T-Shirt. Yang seronoknya PPL tu bayar agak besar berbanding PPL lain. Komisen untuk 1 lead = RM1.00. So kalau dapat 258 lead dah berapa? Kira sendiri oke. Haha. Statistik kat atas tu sebelum PPL ditutup jumlahnya 252 lead. Tak dapat nak printscreen statistik yang 258 lead. So guna je lah yang ada sebagai bukti.

Kalau anda rasa nak berjinak-jinak dalam dunia affiliate, saya cadangkan anda sertai PPC seperti Says dulu sebab saya dah terima komisen ke 4. Kerja mudah yang perlu anda lakukan hanya share kempen dari pengiklan di Facebook atau Twitter. Yang belum daftar tu boleh klik link atau banner di bawah.



--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. kemah blog ni..layout cantik..aku kena byk blaja lg ni..boleh share tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan..kalau ada pertanyaan, sila PM saya di Facebook..

      Delete